Saturday, April 13, 2013
Wednesday, April 3, 2013
ATURCARA PENANAMAN
ATURCARA MENANAM
LANGKAH 1
- Tuangkan 20 liter air paip ke dalam Takung Hidroponik
(paras air kira-kira 1 inchi dari atas takung).
LANGKAH 2
- Tutup takung dengan penutup polistrin.
LANGKAH 3
-Sumbat benang ke dalam bakul media.
Tarik benang dan jadikan
seperti sumbu pelita.
Nota:Pastikan lubang bakul ditutup
bagi mengelakkan
kemasukan nyamuk.
LANGKAH 4
-Rendam mengunakan air paip (tanpa baja).
Kemudian masukkan ke
lapan-lapan bakul tersebut ke dalam lubang polistrin.
LANGKAH 5
-Semaikan 3 biji benih untuk setiap bakul.
Masa percambahan
adalah 2 ke 3 hari.Pada hari ke 5,
cabutkan 1 dan biarkan 2 pokok untuk
pertumbuhan seterusnya.
ATURCARA SEBATIKAN BAJA
LANGKAH 1
-Menyediakan baja.Masukkan 5 liter air paip(
10 kali
cawan-500ml) ke dalam bekas plastik yang bertutup.
Masukkan ke semua baja
butiran.
LANGKAH 2
-Masukkan kesemua baja cecair.
LANGKAH 3
-Kacaukan baja tersebut sehingga sebati
(tutup dan simpan
sehingga hari ke 5).
Jangan terdedah pada cahaya matahari.
LANGKAH 4
-Keluarkan penutup polistrin pada hari ke 5.
Kacau baja
dan masukkan satu kali cawan sukatan(500ml) ke dalam takungan
LANGKAH 5
-Kacau baja dan air di dalam takung hidroponik supaya sebati.
LANGKAH 6
-Masukkan ikan ke dalam takung bagi mengelakkan
jentik-jentik.
LANGKAH 7
-Tutup semula takung dengan penutup polistrin.
Tuai selepas
4/5 minggu bergantung kepada jenis tanaman.
LANGKAH 8
-Tutup bekas yang berisi baja yang telah disebatikan bagi
kegunaan seterusnya
.Jangan didedahkan pada sinaran matahari .Simpan di tempat
redup.
LANGKAH 9
- Tanaman sedia untuk di tuai.(4-6 minggu)
Tuesday, April 2, 2013
PRODUK KAZZ
SET HIDROPONIK
RM50
ALATAN SET HIDROPONIK
BAJA HIDROPONIK RM15.00
BENANG MEDIA RM2.00
CAWAN SUKATAN RM0.60
POLISTRIN RM15.00
BAKUL MEDIA RM0.50(1 PCS)
TAKUNG RM1.00
BENIH SAYURAN RM1.00
MURAH!!!!!!MURAH!!!!!!!!!MURAH!!!!!!!!!!
MAMPU DIMILIKI OLEH SESIAPAPUN
TIDAK PERLU MODAL YANG BANYAK
LEBIH CEPAT DAN MUDAH
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN HIDROPONIK
KELEBIHAN HIDROPONIK
a)
Sayuran
bersih, enak, berkualiti dan bebas daripada sisa racun.
b)
Pulangan
modal berganda keuntungannya.
c)
Tidak
menggunakan pam elektrik.
d)
Tidak
memerlukan kawasan yang luas.
e)
Murah
dan mudah untuk dikendalikan.
f)
Tidak
perlu merumput dan meyiram.
g)
Tenaga
kerja yang minima.
h)
Tidak
memerlukan najis haiwan.
i)
Boleh
ditanam di tepi rumah, balkoni, porch dan patio.
j)
Tidak
mengira usia untuk mengendalikannya.
k)
Tidak
perlu kemahiran dan pengetahuan tinggi dalam bidang pertanian.
l) Penanaman
pada bila- bila masa tak kira musim (18 kali setahun untuk sayuran berdaun)
m) Amat mudah untuk mengawal serangga
dari tanah atau udara.
n) Amat
sesuai untuk sekolah bagi subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.
PENGGUNAAN SAYURAN YANG DIBELI DI PASAR
| HARI | MINGGU | BULAN | TAHUN |
| RM 5.00 | RM25 | RM100 | RM1000 |
PENJIMATAN PENGGUNAAN SAYURAN MENGGUNAKAN HIDROPONIK
JOM SIHAT BERSAMA HIDROPONIK
SERTAILAH KAMI SEKARANG
BELUM
CUBA BELUM TAHU
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN
ANDA!!!!
PRODUK
KAMI PASTI TIDAK AKAN MERUGIKAN
ANDA
ANDA
Konsep
Hidroponik
Konsep asas penghidupan tanaman
bersistemkan hidroponik tanpa tanah dan pam ini adalah sama bagi sistem asas
penghidupan tumbuh-tumbuhan yang tidak bersistemkan hidroponik.Perbezaannya
adalah sistem hidroponik menggunakan air baja, penutup takung, dan media
pertumbuhan.
Konsep 3T yang menbawa maksud
TANAM-TINGGAL-TUAI amat memberi manfaat kepada pengguna yang mencari kaedah
penanaman tanpa melibatkan kos, masa dan tenaga yang banyak. Konsep ini mudah
diaplikasikan oleh semua golongan tidak kira kanak- kanak, golongan muda
mahupun tua.
HIDROPONIK
HIDROPONIK
Hidroponik adalah satu kaedah bercucuk tanam dengan
meletakkan akar pohon ke dalam air baja(nutrien)tanpa menggunakan tanah.Kaedah
ini menggunakan bahan seperti bulu mineral,sabut kelapa,pasir,batu bata
pecah,habuk kayu dan lain-lain bagi menggantikan tanah.Penanaman secara
hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran
untuk tujuan komersil.
Hidroponik tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.Akar pokok boleh
dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.Pembaziran baja tidak
berlaku kerana air baja sentiasa dikitar semula.Tidak perlu menyimpan baja
setiap hari.Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya,sebab akarnya bebas
dari kotoran dan penyakit.Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana
banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.Pengusaha secara
komersial tidak memerlukan tenaga pekerja untuk tugasan menyiram.
Emmm...nampak sedap sayur hidroponik
nie......yum...yum...yum...
Mudah
dan praktikal...semua boleh cuba....
Miliki segera SET HIDROPONIK....hanya rm50
sahaja...
sahaja...
1 set boleh guna untuk 10 kali tuai...
BERBALOI-BALOI...MEMANG
BERBALOI...
AKTIVITI SYARIKAT
AKTIVITI SYARIKAT




·
Membekal
alatan hidrponik tanpa pam.
·
Membekal
rumah dan rak hidroponik domestik dan
komersial.
·
Memproses
dan membekal baja hidroponik.
·
Memberi
seminar dan kursus hidroponik.
·
Memberi
latihan dan tunjuk ajar.
·
Memberi
khidmat nasihat selepas jualan.
·
Mengadakan
promosi, pameran dan jualan.
·
Memproses
dan membekal baja cecair.
·
Memproses
dan membekal hidrokultur
·
Membekal
tanaman pegaga.
·
Melahirkan
usahawan dalam bentuk mentor- mentee
o
Kazz
shoppe
o
Kazz
kiosk
o
Kazz
mobile
o
Kazz
garden
VISI DAN MISI KAZZ AGRO VALLEY
HIDROPONIK PENERAJU INOVASI HIJAU
KAZZ AGRO VALLEY SDN.BHD
Syarikat
Kazz Agro Valley Sdn. Bhd. adalah satu-satunya syarikat milik bumiputera
sepenuhnya.Sejarah penerajuan bidang hidroponik bermula sejak 15 tahun yang lalu dengan
menjalankan kegiatan penyelidikan dan seterusnya merumus formula baja
hidroponik yang pertama di Malaysia.Kini,aktivitinya tertumpu kepada pengeluaran
dan pengedaran produk-produk pertanian yang diterajui oleh Puan Khadijah Binti
Surif dan Encik Ahmad Bin Haji Yahya.
Pengalaman
yang luas dalam bidang baja hidroponik banyak memberi sumbangan pengetahuan dan
seterusnya terhasillah Baja Cecair Kazzponic yang terbukti berkesan dan
menjimatkan.Trend penggunaan baja cecair masa kini adalah untuk pelbagai jenis tanaman yang semakin meningkat dan popular serta mendapat sambutan yang menggalakkan untuk
tanaman konvensional.Seterusnya,
syarikat Kazz Agro Valley telah menghasilkan satu konsep tanaman yang tidak
memerlukan tanah tetapi hanya menggunakan media cecair yang mengandungi
nutrient yang lengkap untuk tumbesaran pokok yang ditanam.
Syarikat
Kazz Agro Valley bercadang untuk melaksanakan dan mempraktikkan penanaman
pegaga secara hidroponik kerana dengan penggunaan konsep ini,Pegaga akan tumbuh dengan
cepat dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi. Hasil yang diperolehi juga
dijamin bersih dan bebas daripada sebarang racun dan makhluk perosak.Konsep ini
tidak memerlukan tugasan merumpai, menyiram dan mencangkul.
Syarikat
Kazz Agro Valley telah menyatakan hasrat “KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK” di
mana ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna untuk menanam sayuran yang
bersih, suci dan segar untuk kegunaan sendiri di rumah atau di mana- mana
walaupun hanya di kawasan yang sempit seperti di rumah apartment. Usaha-usaha
yang dijalankan oleh Kazz ternyata memenuhi seruan kerajaan mengenai “Kempen
Bumi Hijau” serta “Pertanian Adalah Perniagaan” yang dapat membantu rakyat
mengurangkan perbelanjaan bagi mengatasi kegawatan ekonomi yang dialami masa
kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























.jpg)




