ATURCARA MENANAM
LANGKAH 1
- Tuangkan 20 liter air paip ke dalam Takung Hidroponik
(paras air kira-kira 1 inchi dari atas takung).
LANGKAH 2
- Tutup takung dengan penutup polistrin.
LANGKAH 3
-Sumbat benang ke dalam bakul media.
Tarik benang dan jadikan
seperti sumbu pelita.
Nota:Pastikan lubang bakul ditutup
bagi mengelakkan
kemasukan nyamuk.
LANGKAH 4
-Rendam mengunakan air paip (tanpa baja).
Kemudian masukkan ke
lapan-lapan bakul tersebut ke dalam lubang polistrin.
LANGKAH 5
-Semaikan 3 biji benih untuk setiap bakul.
Masa percambahan
adalah 2 ke 3 hari.Pada hari ke 5,
cabutkan 1 dan biarkan 2 pokok untuk
pertumbuhan seterusnya.
ATURCARA SEBATIKAN BAJA
LANGKAH 1
-Menyediakan baja.Masukkan 5 liter air paip(
10 kali
cawan-500ml) ke dalam bekas plastik yang bertutup.
Masukkan ke semua baja
butiran.
LANGKAH 2
-Masukkan kesemua baja cecair.
LANGKAH 3
-Kacaukan baja tersebut sehingga sebati
(tutup dan simpan
sehingga hari ke 5).
Jangan terdedah pada cahaya matahari.
LANGKAH 4
-Keluarkan penutup polistrin pada hari ke 5.
Kacau baja
dan masukkan satu kali cawan sukatan(500ml) ke dalam takungan
LANGKAH 5
-Kacau baja dan air di dalam takung hidroponik supaya sebati.
LANGKAH 6
-Masukkan ikan ke dalam takung bagi mengelakkan
jentik-jentik.
LANGKAH 7
-Tutup semula takung dengan penutup polistrin.
Tuai selepas
4/5 minggu bergantung kepada jenis tanaman.
LANGKAH 8
-Tutup bekas yang berisi baja yang telah disebatikan bagi
kegunaan seterusnya
.Jangan didedahkan pada sinaran matahari .Simpan di tempat
redup.
LANGKAH 9
- Tanaman sedia untuk di tuai.(4-6 minggu)














No comments:
Post a Comment